Followers

Monday, May 31, 2010

HURUF PERTAMA PADA NAMA


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah.. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu.. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman..

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak..

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah..

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu.... Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang..

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri





yeay...kembali bekerja



sudah kembali dr beructi....aku start cuti ari khamis lepas...so setelah 4 hari aku berrehat...hari ini tiba masanya ntuk aku kembali bekerja....

yeyeyeyeeee...happy nye aku kembali ke opis!! (happy kah aku? poyo!~hehehe)


Wednesday, May 26, 2010

wajah 20 tahun akan datang

jalan2 kt blog kak zura..jmp INI...saje nk suke2 tgk wajah sendiri mase berumur 46thn...(^^,)
Hey,

Look at me in 20 years from now!

Make yourself older

Make yourself older! See your face in 20 years

wajah kam mase umur 49thn..dah mcm Jalaluddin Hassan plak aku nengok! ~hehehehe
Hey,

Look at me in 20 years from now!

Make yourself older

Make yourself older! See your face in 20 years




khalif mabuk

hari minggu baru2 ini, kami sekerluarga telah ke rumah mak ayah aku di PD..adik aku yg duk di sri kembangan pun ada.

khalif ngan adik aku a.k.a pakcu mmg sgt rapat..mane ade pakcu, ade lar khalif....

layan video yg pakcu amik ketika lagu MABUK dr SPIDER berkumandang..bukan main khalif menari terkinja2... (^^,)


video

Tuesday, May 25, 2010

Maulana - RSVP Lirik

aku suke gilerrr ngan lirik lagu nih....layannnn....

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat

Bila kau membalas senyuman

Ku berkhayalan…

Kita berdua jatuh cinta

Kau milikku dan ku kau punya



Tapi di dalam realiti belum pasti

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît

Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan

Ku rayu kau répondez s’il vous plaît

Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran



Dah tak mampu berselindung lagi

Cinta yang lahir dalam hati

Aku tahu kau juga mahu tetapi malu

Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah



Bila ku ketuk pintu hatimu

Izinku masuk

Luahkanlah ku perlu tahu

Luahkanlah isi hatimu



Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)

Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)



Monday, May 24, 2010

geram!!



alalalalaaaaaaaa..............chumellllnyeeeee.....sgt keram dengan kamuk!! WALAUPUN rumah mu dekat, tp tidak jua ketemu same kamukkkkk...windu sama kamuk

ini plak, gambar iman ngan omak eyh....




[AWARD] from Kak Ryn

1- Apa yg bermain difikiran anda sekarang ni??
pale ku pening..mahu mkn penadol

2- Apakah nama samaran u'all??
dikenali dgn panggilan LEA

3- Berikan 3orang yg u'all sayang...
en.somi
abg kalip
adik kipi
(heheheeh...(^^,))

4- Panggilan utk siDIA
sayang
baby
bee

5- Hadiah yg korang impikan dari seseorang yg istimewa..
mmm..brg kemass...mak mmg suke barang kemasss..~hehehe

6- Blog mane yg korang suke visit??
blog kawan2 dlm bloglist sy termsk blog2 artis

7- Tag kan kepada 15org rakan blogger korang..
nak 15 ker??5 aje lar eyh...
-natt
-wanie
-eynda
-aleyn
-kak e-Car

Sila2 amik [AWARD] nih....(^^,)



Friday, May 21, 2010

time kasih to jue a.k.a ibu iman zafran


http://www.glitterfy.com/

syukur alhamdulillah...selepas sekian lama mencuba nasib....akhirnya...ade jugak rezeki aku..hehehehe....terima kasih byk buat jue....



nak tahu apa yg lea dpt dr jue?? dlm blog dia, dia tak ckp sbbnye, hadiah tuh dh smp ke tgn lea...nk tahu apa hadiahnya??
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


SUPRISEEEEEEEE!!! ~HEHEHE...AKU PUN TAK TAU PE HADIAHNYE..JUE CKP SUPRISEEEE...(^^,)

ARGHHHHHHH

YA ALLLAHHHHH...ADIKKKKKKK!!!



teriak lagi aku mlm td..al-kisahnya...adik kipi jatuh tangga!! btul2 cam dlm movie...masa tuh aku tgh bersiap dlm bilik mak aku..manakala kam plak tgh bersiap dlm bilik kami...kami sekeluarga nak keluar mlm td tuk beli brg2 yg dah abih....budak2, ade diruang tamu, sedang nonton tv

sedang kami bersiap dlm blk masing2, tiba2, aku dengar cam bunyi GEDEBUK...pastu diikuti dgn bunyi ERKK..ERK...

aku pun keluar lar dr bilik..aku tgk pagar tangga telah terbukak...tp aku cume nmpk abg kalip tgh bergayut kt pagar tangga tuh manakala adik kipi tidak kelihatan...

aku pun maju kedepan dan aku lihat, adik kipi telah terbaring di atas anak tangga...aku pun ape lg, aku jd STIFF lalu jerit nama KAM minta dia amik adik kipi...adik kipi cuba bgn, then dia tergolek2 ke bwh..nasib agak baik, kam berjaya menahan dr adik kipi terus golek jatuh ke bwh menggunakan kaki dia spt menahan bola....waktu tuh adik kipi sudah tergolek smp ke anak tangga ke 5 dr atas...abg kalip msh bergayut pada pagar..

terus aku dukung abg kalip, adik kipi plak berterusan menanggis...kam cube tenangkan adik kipi...tp adik kipi spt mahukan aku...lalu aku mengambil dr kam....adik kipi terus berenti nangis...aku bwk dia ke blk air..tuk bshkan muka smbl selawat bg pulihkan semangat dan memberi nya minum air....

then keadaan kembali normal...adik kipi boleh terus main spt biasa...

ya allahhhh....dalam sekelip mata sahaja..boleh berlaku mcm2...pasnih, mmg lar aku takkan tinggalkan anak2 aku tanpa pengawasan w/pun aku rasa umah itu sudah selamat dgn safety gate...ape2 boleh berlaku...



Thursday, May 20, 2010

terima kasih kak e-Car


http://www.glitterfy.com/



heheehe...bersyukur....aku adalah salah seorang pemenang untuk
walaupun aku tak menang tmp pertama, kedua mahupun ketiga, tp alhamdulillah, aku menang hadiah saguhati
aku turut ingin mengucapkan TAHNIAH buat JUE a.k.a IBU IMAN ZAFRAN kerna menang tmpt ke-2..TAHNIAH DEAR!!

Wednesday, May 19, 2010

Tips Kemesraan suami isteri dpd Rasulullah S.A.W

Tips kemesraan suami isteri oleh Nabi junjungan S.A.W. Sambil bermesra sambil mengumpul pahala amalan sunnah.

Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dan ‘Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan ‘Aisyah r.a, tiba-tiba ‘Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawabnya, ‘Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Rasulullah berkata, ‘Kalau begitu, pergilah ambil kain dan dekatlah kembali kepadaku.’ Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau” (Hadith Riwayat Sa’id bin Manshur)

Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra
Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah S.A.W di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Bila darahku menitis ke atas tikar itu, beliau mencuci bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda solat di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Bila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci di bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun solat di atas tiakr itu.” (Hadith Riwayat Nasa’i)

Segera menemui isteri jika tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan….Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)

Tidur di pangkuan isteri
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Nabi S.A.W biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)

Memanggil isteri dengan kata-kata mesra
Rasulullah S.A.W biasa memanggil ‘Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti ‘Aisy dan Humaira (pipi merah delima).

Meminta isteri meminyaki badan
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah S.A.W pada Hari Raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jumrah ‘aqabah.” (Hadith Riwayat Ibnu ‘Asakir)

Membelai isteri
“Adalah Rasulullah S.A.W tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Mencium isteri
Dari ‘Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau solat dan tidak mengulangi wudhu’nya.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)

Dari Hafsah, puteri ‘Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya sekalipun sedang puasa.” (Hadith Riwayat Ahmad)

petikan ini diambil dr SINI


TAG : HUJUNG KE HUJUNG

slalo nye, aku menerim tag dr kawan2..so kali ini, aku plak nk beri tag pada kawan2...caranya ialah..untuk soklan seterusnya, jawapan utk soklan itu mesti dimulakan dgn huruf terakhir pada jawapan sblmnye.boleh? mari kita cuba yer...

1 - Tempat anda dilahirkan
      rauB

2 - Hadiah Pertama Yang Anda Terima
      BasikaL

3 - Buah Kegemaran Anda
     LimaU

4 - Haiwan yg anda benci
     UntA

5 - Suka makanan ini
     ApaM

6 - Kalo shopping, mesti beli ini
     MangkuK

7 - Ada terdapat di sekolah
     KerusI

8 - Negera yang ingin anda lawati
     IndiA

9 - Anda suka kereta ini
     AlzA 

10 - Bila ada kelapangan, anda akan
     Ambil bola, main dengan anak-anak

SILA BERIKAN TAG INI KEPADA 3 ORANG (nak beri lebih pun boleh)
-AINEY
-KAK ZURA
-KAK BED 

so, pada mereka2 ini, sila jawab jer...(^^,) 

Tuesday, May 18, 2010

baru nak tukar?!

alkisahnya....aku lewat memperbaharui lesen memandu aku...selama 3 hari aku menjadi pemandu haram sblm aku memperbaharui lesen aku tgh hari td...itu pun sbb nak pegi beli alas meja utk opis..kalo tak, ntah ble lar akan aku renew lesen aku....hehehehe


lesen baru dan lesen lama....tgk tarikh, lesen mati pada 15/5/2010, tp perbaharui pada 18/5/2010..hehehe...asal bolehhh...

calendar hari ini yg bertarikh 18/5/2008..lagi 10hari birthday kam...(^^,)


yeay...dapat jugak tukar yg baru!

setelah sekian lama niat di hati untuk menukar purse baru...akhirnya dapat jua aku berbuat demikian....sgt2 aku suke purse baru ku ini.....


ini lar dia purse baru aku..cap ayam ajork..rm28 jerr

sungguh cantik bile dipegang ku...hehehe

isi di dalam...kad jusco, kad mesra, kad tesco, kad hytex, kad cimb, kad maybank, no credit card..(^^,)...(hehehe..nak apply pun tak layak...syarat tak smp)

kad-kad appointment...aku nye, abg kalip n adik kipi

bhgn aku meletak wang ringgit

bahagian ic, ic abg kalip, ic adik kipi, ic aku dan jugak kad nikah

ini purse lama aku..cap ayam jugak..beli kat jonker street, melaka...hadiah 1st anniversary

yg baru dan juga yg lama

hahaha..tuan empunya pun nak enterprem gaks!! (^^,)~thee


Monday, May 17, 2010

alahai adik kipi

jumaat lepas....rakan sekerja ku meng sms aku, bertanya kan sama ada bolehkah beliau menumpang ku sehingga KTM Sban...aku yg sememangnya duduk di Seremban, tanpa rasa berat hati...aku menumpangkan kawan ku ini dr opis hingga ke KTM Sban....

tp aku kena mengambil abg kalipo n adik kipi dr taska sblm menghantar kawan ku ke KTM Sban

pada mula perjalanan dr selepas amik mereka dr taska, abg kalip n adik kipi, sgt behave...abg kalip duduk di sblh aku, manakala adik kipi ku letak di dalam bb carseat...sahabat ku duduk dibelakang bersama2 adik kipi

lebih kurang 30minit dalam keta, adik kipi mula meragam....sudah ku agak..biasenya, pas amik mereka dr taska, smp sahaja dirumah, akan ku beri anak2 ku susu n kemudian, mereka akan tido....abg kalip, kalo ngantuk, tidak menjadi masalah..dia bleh lelap mata sendiri..tp adik kipi nih, nak susu, nak buai, nak tepuk2..baru bleyh tido...

kawan aku serba salah tgk adik kipi menangis2, mengamuk2...kawan ku cuba memujuk2 adik kipi, tp tidak dilayannye member tuh...lagi kuat dia nangis...aku plak, tak bleyh nak buat ape coz sedang memandu manakala time tuh jln tgh jam...so, aku berharap, agar adik kipi stop menangis sendiri...

lama jugak lar adik kipi menangis, mengamuk dlm keta....aku rase ade kot hmpr 30minit..pas 5 minit aku turunkan kawan aku di KTM Sban,...aku dgr senyappp je kt blkg....aku tgk melalui cermin, rupanya, adik kipi dah tido...dia terlelap sendiri...mungkin kerana terlalu penat menangis, dia pun tido...sian adik kipi

abg kalip kalo dlm keta, mulutnye sgt bising kerana dia sgt excited bile ternmpk lori di jalan..pasti dia akan menyebut..."MAAA....OWEYY...OWEEYY...(lori)"...aku pun hanya melayan ajak..kalo penat melayan, aku akan senyap

ntah camne, die bleh terpikir nk lihat belakang, di tengoknye adik nye telah tido di atas carseat..terus dia cuit bahu aku, lalu berkata...:MAAA...EPI....SYHHHHHHH....."smbl jari letak dimulut membuat tanda diam...waa..dia yg bising, aku plak disuruhnye diam...sabar aje larrr...

ketika aku mula perasan yg anak ku telah tido


terlelap adik...


gambar close up adik kipi yg tertido akibat kepenatan menangis...

tag | 2 juta

pagi ini aku ingin mulakan blog harian ku dengan membuat tugasan dr Kak Bed



1. cam biasa la ckp sapa yg baik ati antor tag ni
terima kasih kak bed!! tentiu...toceh2...

2.tag kan kat kwn2 korang yg semestinya akan layan berangan bersama2 korng
natt & tinie

3.dah tag kena la jenjalan war war kan kat kwn korang kan yg korng nak bg 2 juta kat dorng
oraite! (^^,)

4.Apa agaknya angan angan korang tu? korang berangan nak buat per ngan duit ni
pertama..untuk melangsaikan hutang pelajaran MARA & hutang kereta..(takat nieyh...itew jer utang yg ada nama aku (",))
kedua..dh langsai hutang, baru ler tenang hati nak menunaikan umrah & haji..mahu bawak MIL & FIL..mak n ayah gi same2 jugak...
ketiga...mula kan melabur dengan membeli rumah/kedai/tanah...jual beli nnt leh bertambah2 kayo cam Oprah Winfrey
keempat......mm..takyah lar bg emak ayah...dorang pun dah kaya! (~ehehehe..bolehh??...itu kuang hajaq/tak kenang budi namanya!!)..mau beri duit kepada mereka tanda penghargaan dr ku buat mereka krn byk membantu ku walau dh kawen...serta pelaburan untuk anak2 spt insurans dan simpanan pelajaran
kelima....mahu membeli tanah..bikin umah dan tinggal disitu..kendian..aku mahu membeli kereta jenama HONDA kerana aku mmg ada hangan2 untuk memiliki kereta jenama HONDA....
keenam...aku ingin melancong, dimulakan melancong dalam malaysia...aku ingin pergi bercuti di setiap negeri2 utama dlm malaysia...
ketujuh..aku nak beli jeans Levi's..seumur hidaup aku lom pernah pakai jeans Levi's, nak beli camera DSLR, nak beli laptop n tipon blackberry...heheeh...(mungkin ada org rase, brg2an ini boleh dibeli skang, tak perlu ade rm2 juta...tp sememangnya, aku tidak memilik duit yg byk utk berbelanje membeli brg2 ini..duit gaji ku laki bini, hanya cukup2 makan saje...(^^,))

5-Cuba korang cakap camner kita nak dapat duit banyak camni kat dunia reality ek
melabur dalam syrkt minyak


Thursday, May 13, 2010

kisah bapak sudah, kisah anak pulok

buat pertama kalinya, aku menerima hadiah pemberian anak-anak teruna ku smepena HARI IBU...apakah itew??

hehehe..inilar dia...hadiah pemberian abg kalip & adik kipi (actually, nursery dorang yg buatkan bg meraikan hari ibu..hehehe)

kasi zoom skit

berupa sebijik epal

sweettttt...(^^,)


Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...