Followers

Thursday, November 6, 2014

Bermula Semula.....


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Lama bebeno tak berblogging.....bertahun rasanya..lama sangatkan?
Anak-anak pun dah besar..tahun depan (2015) abg khalif bakal bersekolah di darjah 1
Manakala adik kipi, diterima masuk ke pra-sekolah, sama di sekolah abg khalif
Tahun lepas mencuba untuk daftarkan khalif ke pra-sekolah, tapi tidak berjaya
Alhamdulillah.....tahun ni, rezeki dapat kat adik
Nampaknya, 'jodoh sekolah' mereka adik beradik, kuat!!
Dari saat mereka didaftarkan bersama-sama di Pasti Al-Mukmin, bawa kepada Sekolah Kebangsaan pula...
Tidak perlu sorang disana, sorang disinun.....
Senang kerja kami, mak pak...selesa mereka jua adik beradik kerana tetap bersekolah di sekolah yang sama....
Tahun 2014, makin berakhir....kini mula mengorak ke tahun 2015
Moga tahun 2015, rezeki kami dimurahkan dengan keizinan Allah s.w.t, memberi kami ahli baru dalam keluarga kecil kami ini...
Sesungguhnya, keinginan itu tidak dapat dibendung lagi....

'Ya Allah, murahkanlah rezeki kami sekeluarga....aammiinn'







Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...