Followers

Monday, April 2, 2012

TATTOO BATU KUTU MERUKU LUKU DUKU SUKU KUKU

hehehe..berbelit lidah tak menyebut tajuk entry kali ini?


mama yang menaip pun terbelit lidah menyebut nya...hehehehe

tapi apa sebenarnya yang mama mahu share kan?

kisah tattoo ker? batu ker? kutu ker? meruku ker? luku ker? duku ker? suku ker? kuku ker?

banyaaakkkk nye ker... :P

tapi dalam banyak-banyak tuh, mama nk share kisah tattoo

tattoo ni adalah salah satu body art. selain tattoo, body piercing juga dikira body art...

sebarang bentuk modifikasi pada badan juga dikira body art

mama memang minat seni...dan pada pandangan mata mama, tattoo adalah sangat unik....mama pun minat mencacah tattoo...tp bukan ler dengan menggunakan ink kekal..tp sekadar menggunakan henai a.k.a inai...

dulu, mama selalu jadikan badan bf mama sbg medium untuk mencacah henai ala-ala tattoo...heheheh

selalo nya, mama mendapat idea dari majalah tattoo yang mama pinjam dari kawan-kawan mama

tapi itu kisah dulu lar....skang bf mama pun dah jadi en somi mama... ;p

tapi dah berkahwin nih, tidak lar mama buat begitu pada en somi....

time muda remaja, semua benda kita hendak mencuba,betul tak?

skang, anak dah dua...tidak lagi ingin mencuba segala benda alah itu..

 
sumber : google

perkataan tattoo berasal dari bahasa tahiti iaitu "tatu" yang bermaksud tanda. walaupun sejrah tattoo tidak begitu banyak, tetapi ahli sejarah mengambil kesimpulan bahawa tradisi mencacah tattoo ini sudah wujud dimuka bumi sejak 12000 tahun SM.

ok...itu sedikit sebanyak info tentang tattoo, selebihnya, anda boleh meneruskan bacaan di sumber.


Dari sudut agama pulak, tattoo adalah haram bagi orang islam.


mama agak terkejut, kerana mama baru sahaja membaca kisah seorang artis malaysia, yang mencacah tattoo nama pasangannya. artis itu berbangsa melayu berdasarkan nama beliau tetapi agama beliau, tidak pula mama pasti kerana tingkah laku beliau, tidak mencerminkan seperti seorang yang beragama islam.

apapun, mama sebenarnya kesian pada mereka yang hilang arah tuju gara-gara dek penangan cinta..walaupun kite mengasihi seseorang, jangan lar sampai melakukan perkara-kara yang bertentangan dengan agama...dan apa yang paling penting, carilah pasangan yang berlainan jantina kerana tidak ada untung dan hasilnya bercinta sesama jenis. malah, dihalang sekeras-kerasnya oleh agama.

-lea kamsani-


Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...