mak ade lar berbual2 ngan sahabat mak ttg arwah..sahabat mak sungguh terkilan kerna baru jmp sabtu lepas berkaroke bersama...
ini antara perbualan mak ngan sahabt di YM
Followers
Thursday, December 3, 2009
Perginya Seorang teman buat selamanya
Hari tuh mak ade crita ttg kisah sahabat mak yg meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. kisah itu ada tersiar di dalam akhbar metro pada hari ini.Ini petikan mak ambil dr hmetro.com
SEREMBAN: Sebuah kereta Perodua Kancil terputus dua dengan bahagian belakangnya diseret sebuah lori tangki kosong, hangus dalam kemalangan di Bukit Mantin, di Batu 7 Jalan Seremban-Mantin, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 malam itu, pemandu kereta yang dikenali sebagai Muhammad Mohd Rashid, 25, dari Kampung Batu 8, Mantin mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Difahamkan, kereta yang dipandu mangsa terperosok ke bawah lori tangki berkenaan hingga menyebabkan bahagian depan kenderaan berat terbabit turut hangus.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kakitangan Jabatan Perangkaan Shah Alam, Selangor itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Seremban ke rumahnya di Mantin, manakala lori terbabit dari arah bertentangan.
Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dikatakan hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum kenderaannya masuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori.
“Akibatnya kereta Perodua Kancil terbabit terperosok di bawah lori sebelum diseret dalam jarak kira-kira 22 meter dari tempat kejadian hingga menyebabkan badan kereta terbabit terputus dua,” katanya.
Kereta putus dua diseret lori

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM MUHAMMAD (EX-KGV 1997-2001)
Subscribe to:
Posts (Atom)