Kereta putus dua diseret lori

Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 malam itu, pemandu kereta yang dikenali sebagai Muhammad Mohd Rashid, 25, dari Kampung Batu 8, Mantin mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Difahamkan, kereta yang dipandu mangsa terperosok ke bawah lori tangki berkenaan hingga menyebabkan bahagian depan kenderaan berat terbabit turut hangus.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kakitangan Jabatan Perangkaan Shah Alam, Selangor itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Seremban ke rumahnya di Mantin, manakala lori terbabit dari arah bertentangan.
Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dikatakan hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum kenderaannya masuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori.
“Akibatnya kereta Perodua Kancil terbabit terperosok di bawah lori sebelum diseret dalam jarak kira-kira 22 meter dari tempat kejadian hingga menyebabkan badan kereta terbabit terputus dua,” katanya.
AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM MUHAMMAD (EX-KGV 1997-2001)
2 comments:
ALfatihah
Al-fatihah.. semoga rohnye dicucuri rahmat..
Post a Comment