Followers

Thursday, December 30, 2010

Assalamualikum dan Salam Tahun Baru

selamat tinggal tahun 2010

selamat datang tahun 2011

usia makin lama meningkat, meninggal jejak di belakang tanpa mahu menoleh.....

yang di depan terus tiba, menghinggap satu per satu, tanpa kita sedari atau sedar, suka atau tidak, ia tetap datang...

ada yang mengeluh, ada yang suka...tak kira apa....ia tetap tiba...

silap dan salah, sering terjadi...hanya maaf dan kesabaran yang menguji diri..tanya hati, tanya lah akal... dimana letak nya diri kita di alam ini untuk menghukum insani

tanya diri..adakah sudah bersedia untuk hadapi semua ini?

tanya diri adakah ini yang kta cari?

tanya diri..tanya diri...tanya diri

apa yang penting, sentiasa lah sedar diri yang kita sesungguhnya serba kekurangan..

SELAMAT DATANG 2011


Tuesday, September 28, 2010

selamat tinggal

salam semua rakan blogger

rasa macam tak molek je pergi tanpa ucap selamat tinggal...setelah sekian lama senyap camtu aje..pada hari ini sy dengan secara rasminya akan BERHENTI menulis blog lg...tp tidak bermakna blog ini akan ditutup...cume saya akan berhenti menulis sehingga tidak diketahui bila....

oleh yg demikian, dengan berhentinya menulis, sy jugak berhenti membaca blog kawan2.disini saya turut memohon maaf dr rakan2 yer...kerana tidak lg mengikuti perkembangan rakan2 semua

insyallah...andai terpacul kembali sinar menulis di dalam diri ini..akan ku sambung menulis blog ini dan memeriahkan kembali area blogging...

TERIMA KASIH SEMUA
SELAMAT TINGGAL


Monday, June 28, 2010

happy birthday adik kipi!



tepat jam 5:58am, 28/06/2010, genap lar usia adik kipi setahun....alhamdulillah, aku sgt happy melihat perkembangan anak2 aku dt hari ke hari...adik kipi sudah un berusia setaun pd hari ni manakala lagi 3minggu, abg kalip bakal berusia 2 thn...

doa ku buat anak2 ku semoga mereka membesar menjadi orang yg baik budi serta berpelajaran, berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat...amin...



adik kipi berusia sehari
adik kipi berusia 15hari

adik kipi genap sebulan

adik kipi berusia 2 1/2bulan

adik kipi berusia 5 1/2bulan

kipi berusia 5bulan

kipi berusia 7bulan

adik kipi berusia 7bulan

gambar the latest lom upload lg dr camera papa.... Roll 











Tuesday, June 8, 2010

aku suke myeg!!

waaa....inilar kali pertama aku menggunakan perkhidmatan MyEG untuk renew road tax keta....bg aku, perkhidmatan ini sgt memudahkan bg mereka yg bekerja kerana tidak perlu keluar untuk menguruskan urusan pembaharuan road tax.

just duduk di dpn pc, mskkan nama dan no tel, dan pihak MyEG akan menelofon anda dan menguruskan segala2nya untuk anda..

tau2..road tax sudah siap....dan plg best, dihantar terus ke tgn anda di opis...siap ade discount plak tuh...ari tuh renew road tax + insurance, rm 330 aje...best2....

ini lar rupe nye road tax yg di hantar kepada ku di opis

next year, kalo renew ngan myeg lg..akan ade discount lg.... Woohoo!





Monday, June 7, 2010

aku nyaris accident!

waaaa...... Electric ....takutnyeeee.....td otw ke opis...aku nyaris accident....takuttttt giler aku wei...aku tidak lar memandu dgn laju..sudah di pesan oleh kam supaya aku memandu kurang dr 100km/j oleh kerana kereta itu belum di servis

aku rase, aku pandu adalar dlm 70-80km/j...dpm aku lori, depan lori ade treler....smp kt satu kuasa turun bukit, lori depan aku tekan break emergency..aku pun cuak lerrr....cpt2 aku tekan break...tp aku tersilap...nukan break yg aku tekan...tp aku tertekan minyak...menyusur laju keta aku turun bukit....aku terpakse elakkan keta aku dr lori yg berada di hadapan aku....

aku cube utk menekan break..tp kali ini, kaki aku tertekan cluth plak....lorrrr....makin laju keta aku menyusur...dlm keadaan yg sgt2 taKut..aku berjaya menekan pedal break....dan akhirnya, kereta aku berenti di tepi jalan besar....waaaaa....takutnyeeee....malu pun ade...huhuhuh Crying 2 ...

cpt2 aku tipon kam..nangis mengadu domba ngan dia.....lepas aku tenangkan diri, aku pun meneruskan perjalan aku ke opis dgn pemanduan 50-60km/j

dan skang...aku msh ketakutannnn n sedih.... Crying 1







Thursday, June 3, 2010

happy 3rd anniversary


yeayyyy to me!! happy 3rd anniversary to me!! yeayyyyy Bride And Groom

alhamdulillah...semalam, 2hb june, adalah tarikh aku bernikah & bersading pada 3 thn yg lalu....
alhamdulillah, 3thn kami melayari bakhtera rumah tangga, kami dikurniakan dengan 2 anak teruna yg semakin membesar...

kad ucapan dr ku buat suami

oleh itu, sempena dengan ulangtahun perkahwinan kami, aku telah bercuti semalam utk membuat persiapan bg meraikan hari bersejarah buat aku dan kam   

plan nye adalah, aku memasak utk dinner (ate uwang tak byk ntuk candle light kt luar..huhuhuh) dan tgk wayang..menu yg aku plan ntuk msk adalah LEMON CHICKEN, CENDAWAN GORENG+SMBL KICAP & TOMYAM SEAFOOD

pagi2, pas anta anak2 ke nursery, aku blk umah...bsh semua baju dan sidai....kendian, vacuum umah...tgh hari, aku kuar ntuk lunch sorang diri n beli brg2 ntuk memasak

jam 4ptg, kam blk, dan kami kuar menonton wayang...memandangkan kami mengejar waktu coz jap lg nk amik anak2, so kami just tonton wayang apa yg dah nk mula tayang...so, kami menonton filem SHREK FOREVER AFTER...movie nih best!!

otw dlm keta...pose dulu

pose dlm panggung

popcorn untuk kudap2 smbl menonton wayang

blk dr tgk wayang, kami amik anak di nursery n terus pulang ke rumah. smp dirumah, slps angkat kain, susukan anak2, aku pun turun ke dapur untuk memasak...so..inilar hasilnyaa...

lemon chicken

cendawan goreng

sambal kicap

semuanya

tomyam seafood

air plak..aku bikin AIR KELAPA LAUT...tp tak snap coz terlupa..perut sudah lapar...mahu jamah dgn cpt! ~hehehehehe

pada 1hb june, adalah hari ulang tahun perkahwinan mak n ayah aku yg ke-30..cantik kan nombor...mereka yg ke 30..aku plak yg ke 3...hehehe

semoga kasih kami berkekalan hingga ke akhir hayat-amin-







terima kasih puan jue

thank you Pictures, Images and Photos

senyum melebar samp ke telinga..hehehe.. Roll...nk tahu kenape? kerna diriku sgt berharga..eh'eh'...silap pulok....huhuhu.... aku sudah menerima hadiah dr jue atas jawapan tepat aku meneka teka teki jue arituh...nak tahu pe hadiah nyeee.....BESTT WOOO...aku sukeee sgt2!! Thanks 


rajin tau..siap balut2 lg

haaa...ini lar dia...ape eyh agaknye?

rantai cantik...sudah ku rasmikan smalam...aku pakai ms aku kuar nk beli barang2 tuk msk kt tesco(sila abaikan double-chin ku itew! ~hehehe)

nih aku melaram ms nk kuar dating tgk wayang ngan kam...huhuh

thanks once again...suke sgt2!! Thank You 






Monday, May 31, 2010

HURUF PERTAMA PADA NAMA


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah.. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu.. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman..

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak..

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah..

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu.... Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang..

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri





yeay...kembali bekerja



sudah kembali dr beructi....aku start cuti ari khamis lepas...so setelah 4 hari aku berrehat...hari ini tiba masanya ntuk aku kembali bekerja....

yeyeyeyeeee...happy nye aku kembali ke opis!! (happy kah aku? poyo!~hehehe)


Wednesday, May 26, 2010

wajah 20 tahun akan datang

jalan2 kt blog kak zura..jmp INI...saje nk suke2 tgk wajah sendiri mase berumur 46thn...(^^,)
Hey,

Look at me in 20 years from now!

Make yourself older

Make yourself older! See your face in 20 years

wajah kam mase umur 49thn..dah mcm Jalaluddin Hassan plak aku nengok! ~hehehehe
Hey,

Look at me in 20 years from now!

Make yourself older

Make yourself older! See your face in 20 years




Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...