hari ini bermula nya hari pertama bagi kanakkanak yang melangkah masuk ke darjah satu....
teringat kenangan aku ketika aku mula-mula ingin masuk ke sekolah kebangsaan cenderawasih kuantan pahang bagi melanjutkan pelajaran ke darjah satu.. ^_^
aku begitu teruja untuk kesekolah...seawal 4pagi aku telah pun bangkit dari tidur dan bersiap sedia memakai uniform yang setelah beberapa kalinya aku menyarungkan sejak ia nya di beli...siap dengan stokin dan beg baru, aku terus turun ke bawah menuju ke luar
aku lihat, keadaan di luar masih lagi gelap...aku kembali masuk ke dalam rumah kerana rumah-rumah yang ada di lorong rumah ku, masih lagi belum bernyala lampu hadapan..
setiap saat, minit dan jam aku tunggu dgn penuh kesabaran...
mak dan ayah terkejut bila melihat aku telah pun bersiap memakai uniform....
skang, aku cuma perlu tunggu sahabat baik ku yang tinggal dihadapan rumah ku untuk aku bersama-sama nya ke sekolah buat pertama kalinya...
aku begitu girang pabila dia muncul di hadapan rumahnya...aku dan dia, diikuti beberapa lagi teman sepermainan kami, di ketuai oleh rakan yg plg tua, kami berjalan menuju ke sekolah..
emak atau ayah tidak perlu menghantar aku ke sekolah kerana aku begitu teruja untuk bersama rakan-rakan sekelas..
lagipun, mereka bkn lar org laen, mereka jugak adalah jiran-jiran ku dan teman setadika aku..jadi, tidak menjadi masalah bagi ku andai ayah tau emak tidak menghantar aku ke sekolah
aku dan teman baik ku, di tempatkan di kelas 1 tekun bersama rakan-rakan baru yang laen..
waa...hebatnya aku ke sekolah tanpa orang tua yang menemani...hehehe.. ^_^
No comments:
Post a Comment