Followers

Monday, April 30, 2012

PERCUTIAN BUDGET4 - KUALA LUMPUR

Baiklah...dah lama mama tidak update tentang percutian budget

ok, sempena cuti sekolah bulan 3 yang lalu Mama dan en somi berpakat untuk membawa anak-anak bercuti ke KL.

kenapa kami memilih KL, kerana
  1. kami ingin membawa aak-anak ke zoo negara (save budget, tak perlu pegi jauh2 untuk ke zoo, kl yang dekat pun sudah bleyh.. :D)
  2. selepas ke zoo, kami ingin membawa mereka bermandi manda di taman KLCC. (extra save budget, kalo pegi taman tema air, kena bayar tiket masuk..makan dh sekian..dah lah selalunya makan kt dalam taman tema nih mahal2 belaka..nk bwk dr luar, sah2 tak bleyh)
Jadi, dengan 2 aktiviti yang telah dirancang, cukuplar untuk memenuhi percutian 2 hari 1 malam kami

Kami memilih untuk bermalam di cheras kerana

  1. tak jauh dari zoo negara
  2. malam tuh kami nak bersiar-siar di downtown cheras.. :)
Ok...kali ini, mama ade pic hotel budget tempat kami menginap. hotel budget yang diberi nama The Room Hotel terletak di dataran dwitasik, bandar tasik permaisuri. harga untuk semalaman bagi bilik Family 3, RM91 sahaja.

Hari Pertama










Hari Kedua










rumusan dari percutian budget keempat ini

tol lebih kurang RM 14.40
minyak untuk 2 hari RM25
makan-makan budget selama 2 hari untuk 4 perut RM50
hotel budget utk semalaman RM91
itu ini situ sini RM110 (tiket msk zoo negara rm60)

total perbelanjaan untuk percutian budget kali ke tiga selama 2 hari 1 mlm adalah RM290.40.

berbalooiiii baloiiii

 

Friday, April 27, 2012

TIPS MEMBERI ANAK MAKAN


Mungkin ramai ibu-ibu diluar sana mengalami masalah untuk memberi anak makan

Macam mama, alhamdulillah, anak-anak mama memang suka makan

Malah suka sangat makan!

Makanan kegemaran mereka adalah nasi..

Ye betul...walaupun badan anak-anak mama kurus aje....tapi berat dorang 15kg dan suke makan nasi

Satu hari, 3 kali mesti makan nasi. Celik mata dari tidur, dah minta nasi

Alhamdulillah lar dorang prefer nasi dari junk food.. :)

Ok, berbalik kepada tajuk entry, mama akan sharekan tip-tip memberi anak makan.

  • Elakkan gangguan seperti alat permainan, buku atau televisyen
  • Jangan terlalu memuji apa yang mereka makan, sebaliknya puji apabila makan tanpa disuap
  • Elakkan dari memberi makanan sebagai 'hadiah'
  • Beri makan dalam tepoh antara 2 ke 3 jam, sekurang-kurangnya 3-5 kali sehari (3 sajian utama, 2 sajian tambahan atau 2 sajian utama, 1 sajian tambahan.
  • Hadkan masa makanan antara 20 hingga 30 minit bagi satu sesi
  • Saiz hidangan makanan perlu bersesuaian dengan usia anak anda
  • Galakkan mereka makan sendiri walaupun bersepah
  • Elakkan anak anda bermain dengan makanan atau banyak bercakap. Andai mereka meragam, beri amaran dan laksanakan 'time out' (time out bermaksud memberi mereka hukuman menggunakan masa dengan meletak mereka di suatu tempat)
  • Perkenalkan makanan yang tidak mereka gemari secara beransur-ansur
  • Jangan menggunakan paksaan apabila mereka enggan makanan, bertolak ansur lar.
  • Bagi kanak-kanak yang terlalu memilih makanan, mereka masih memerlukan khasiat lengkap dan seimbang untuk memastikan pertumbuhan dan tumbesaran sewajarnya. dengan ini, adalah baik jika anak anda diberikan makanan tambahan mengadungi khasit lengkap bagi membantu mereka mendapatkan khasiat sepenuhnya untuk mencapai tumbesaran optimum! 
  • (sumber : Harian Metro) 
so, mama harap, mama dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang mengalami masalah untuk memberi anak makan.. :)

Thursday, April 26, 2012

IM THE WINNER! YEAYYYY!!

Alhamdulillah...tak sangka mama terpilih sebagai pemenang....

syukur....

mama menang ape? mama menang "Makan Apa? bersama Wrigleys Extra di Era"

sudah lama mama tak ceburkan diri dalam sebarang pertandingan...

alhamdulillah, ada rezeki mama...

walaupun hadiah nya tak besar mana, tapi mama syukur kerana menjadi antara mereka yang bertuah! :)




 

Tuesday, April 24, 2012

AMARAN! HANYA UNTUK MEREKA YANG MAHU MENAIKKAN TRAFIK KE BLOG!



huhuhu...mungkin orang laen dah tahu hal ini berkurun lama nya
 
mama je yang baru tahu skang....vintage sgt mama nih [tetiba vintageeee.....olskool lar! :P]

ok, ini pun mama terjumpa di blog kawan mama

so, mama nak share lar kat sini...

Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan. Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Jom try cara ni! Cara cepat menaikkan traffik blog korang!

p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat
Cara nya begini:
- Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
- Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.
  1. tengku nizam
  2. mizz shizu
  3. Myself V3 Me &
  4. Blog Hanz
  5. BiMies’s WoRLd
  6. Farah Shafiqah
  7. Qila Razak
  8. CekLa
  9. Miss Yaty
  10. Magrib Menjelma
  11. Bila Luna Berkata Kata
  12. Putera30 Photographer
  13. Internet Tutorial
  14. Waney Love Premium Beautiful
  15. Mama Lea
PERATURAN!!!
1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15).
***So urutannya jadi mcm nie…
  1. mizz shizu
  2. Myself V3 Me &
  3. Blog Hanz
  4. BiMies’s WoRLd
  5. Farah Shafiqah
  6. Qila Razak
  7. CekLa
  8. Miss Yaty
  9. Magrib Menjelma
  10. Bila Luna Berkata Kata
  11. Putera30 Photographer
  12. Internet Tutorial
  13. Waney Love Premium Beautiful
  14. Mama Lea
  15. Blog Korang Letak Kat Sini !
4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak… Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat… ingat lagi byk backlink kiter… lagi tinggi rating kiter kat google..

 

Monday, April 23, 2012

PERKAHWINAN SEPUPU KESAYANGAN

Phewwiittttt.....dah kawen dah dia...

masih anggap dia cam budak-budak je skang dh jadi bini orang dah pun...
rasa macam cepat je masa berlalu, dari kami zaman kanak-kanak...bermain riang gedebak gedebuk, skang masing-masing dah berlaki..

kami agak rapat kerana, sepupu mama a.k.a dila, pernah bersekolah di seremban...

dila yang asalnya dari kuantan, menyambung persekolahannya di seremban dan menetap dirumah keluarga mama mama yang tidak mempunyai adik beradik perempuan, amat teruja menerima kedatangan dila dalam keluarga mama

kenangan paling tidak dapat mama lupakan adalah ketika kami berada dikucing menghadiri majlis perkahwinan sepupu mama belah mak.. ketika disana, kami nyaris-nyaris tidak pulang ke semenanjung kerana diekori oleh 2 orang mat rempit ketika membeli belah disana...ketika itu, kami hanya berdua...

dan antra kenangan laen adalah ketika dila menjadi pengapit mama ketika mama bernikah dan bersanding.. terima kasih banyak dear...

kebetulan, bulan 3 yang lalu, adalah majlis perkahwinan dila...berlangsung di kuantan, majlis nya sangat meriah dengan segala dekorasi yang cantik, pakaian dan make up yang flawless..sgt glems majlis dila tika itu tapi sayangnya, mama tidak dapat meluangkan masa yang banyak ketika dimajlis dila desakkan dan kenakalan anak-anak yang buas membuatkan mama angkat kaki lebih awal..tak sempat bersua muka...hanya sempat menjenguk dila ketika dia sedang bersiap...

gamabr yang mama dapat snap pun hanyalah pelamin dan hantaran, selebihnya..gambar anak-anak mama... sori yer dear...huhuhu...xoxo










 

Wednesday, April 18, 2012

GONG XI FA CHAI DI BULAN APRIL?!

Mama ingin umumkan....tahun ini, Perayaan Tahun Baru Cina jatuh pada bulan April...

hehehe..ade bran?!

jangan buat pasal....meroyan nnt orang nak mohon cuti panjang....kuikuikui....

biasa lar..mama ni kan ter'sangat' lar rajin nak mengupdate blog...

itu pasal lar mama berkongsi kisah-kisah lama dengan kowang semua

huhuhu.....ter'sangat' rajinkan?

hehe..oklah...back to bisnes...

mama sekeluarga menumpang teduh secara FOC di rumah milik ayah mama di seremban 2 memandangkan pekerjaan ayah mama yang perlu dia menetap di dalam daerah yang beliau bekerja...

jadi, dipendekkan cerita, ajk kawasan taman perumahan mama sangat-sangat lah aktif melakukan pelbagai aktiviti menyambut pelbagai perayaan dari semua kaum....ade sahaja acara majlis yang dilakukakan di taman perumahan ini

jadi, sempena sambutan perayaan tahun baru cina, diadakan Rumah Terbuka Peringkat Taman Perumahan. pelbagai aktiviti yang dilakukan ketika majlis berlangsung. antaranya adalah persembahan tarian naga, persembahan tarian dari penduduk taman, acara berbasikal, makan-makan, cabuatan bertuah dan paling gah adalah pertunjukan bunga api.

walaupun tidak sebesar mana, tapi sangat meriah! dan kami pun berbaloi tunggu hingga majlis tamat kerana no rumah mendapat cabutan bertuah..yippie!! merasa jugak hamper free...huhuhu













Tuesday, April 17, 2012

SERONOKNYA SAYA BILA BERTEMU.....

Mama nih memang seorang yang pemalu

kalo orang nk kata mama takde hidung pun,suka hati lah...

memang mama takde hidung pun...pemalu ssgt!!

hehhe..kalo nk bergaul ngan orang baru, mama rase, score mama cuma 2/10 je kot...

sgt tak mahir! :)

dipendekkan cerita, sambungan dari entry ini,


mama berjumpa dengan seorang blogger terkenal ketika pengambaran drama di rumah ayah mama

agak2 kalian, siapa eyh??

ce teka...ce teka....

hehehe...mama berjumapa dengan blogger elia jejari runcing!

waaaa....tak sangka kan...hehehehe...

mama ingat lagi, masa mula2 elia smp di rumah ayah, elia didalam kereta ketika itu..so, hanya nmpk samar-samar je...

mama ketika itu, ada di tingkat atas bersama kak ipar,  dan anak-anak kami di dalam bilik...

bila mama melihat ada kereta yang baru sampai, segera mama panggil kak ipar mama..mama katakan, rita rudani yang sampai...ye'ye aje mama ni kan...main tembak je

skali kak ipar bgtau rita datang pakai tudung...

aishhh...dh berubah ke cik rita kita nih?!

hmmm..termenung jugak mama seketika...

dan..dan...bukan rita yang kuar dari kereta itew..tp cik elia kita....mama mula cam teragak2..nmpk cam elia..ye ker elia nih...skali bila turun ke tungkat bwh, confirm cik elia kita...

dia menemani rakan baik dia buat shooting utk drama ameera..

mama dh pesan kt en somi, nnt tlg ambilkan gambar mama dgn elia...

tiap kali elia ada berhampiran, mama jadi malu nk tegur

dari siang smp ler ke mlm

akhirnya, en somi yang ketika itu berada diluar rumah, memanggil mama untuk keluar sebentar

rupa-rupanya, en somi dah beritahu elia, yang mama nk bergambar dengan dia...

huhuh..time kasih en somi, kerana setkan mama ngan elia supaya dapat bergamabr bersama...hehehe

                                                    yeee...saya sangat gebus gedebusss

                                          pergghhh...lagi terserlah kegedebusannya bile posing full

papepun, elia nih sgt-sgt peramah orangnye..bukan peramah aje tau..sangat-sangat peramah! huhuhu....bile berborak ngan elia cam dah kenal lama..dia buat kite selesa berborak dengan dia n dia sgt humble orang nya..hope, nnt kite bleyh jmp lagi... :) tqvm..xoxo


KISAH KURA-KURA DAN ARNAB

Iye...kali ini mama ingin berkongsi cerita tauladan bersama anak-anak sekalian

cerita tauladan kita pada hari ini berkisar tentang.....

huhuhu..sungguh ker nak baca tentang kisah arnab dan kura-kura ni??

kalau ada yang mengharap iye, mama minta maaf lar banyak2

bukan ini yang mama nak share kan

mama nak share tentang kisah anak-anak dengan hospital

itu sebernanya tajuk entry kali ini

hehehe....takde kena mengenakan??

takpelar...btw, mama nak share kisah bulan 2 yang lepas...

kisah anak mama, adik kipi yang admitted di hospital columbia...

sepanjang usia adik kipi 2thn 8bulan, ini adalah kali kedua adik kipi ditahan di wad

kali pertama adik kipi ditahan di hospital adalah ketika adik kipi berusia 2 bulan lebih..

mama ingat lagi, time tuh hari raya aidilfitri, sayu je mama..orang laen seronok menyambut syawal dirumah, mama berdua je dengan adik kipi...dh ler dlm wad kanak2 tuh, hanya kami berdua..bertambah sayu lagi bile papa lambat datang jenguk kami...

ok..ok..ok...itu kisah yang lepas...nih kisah baru....

adik kipi demam dah berhari baru kami bawak ke hospital...

punca nya kami lewat bwk ke hospital kerana hari ke 3 dirumah, demamnya mulai kebah...

lalu, pada waktu petang, kami bawak pergi picnic di port dickson

malam itu, suhunya terus naik mendadak...sian adik kipi...

dah tentu2 bila sampai hospital dengan suhu yang tinggi, doctor arahkan agar adik kipi ditahan dihospital

dipendekkan cerita, segala ujian dilakukan keatas adik kipi dan akhirnya, doc sahkan yang adik terkena jankitan influenza...

tapi bukan lar pada tahap yang seyes..alhamdulillah....

berhari juga lar adik kipi dihospital...terima kasih pada en somi kerana sanggup menjaga adik kipi di waktu mlm...mama jaga shift siang, papa jaga shift malam.... :)

tiada ibu yang sanggup melihat anaknya menanggung kesakitan...

semoga anak-anak mama dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari penyakit-penyakit yang memudaratkan..-amin-









Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...